Sunday, 11 December 2011

Kata Tanya 

Apakah : untuk menantakan benda , binatang ,atau perkara
contoh : Apakah nama tempat ini ?

Siapakah : untuk menanyakan orang
contoh : Siapakah lelaki itu ?

Berapakah : untuk menanyakan bilangan
contoh : Berapakah umur adik awak ?

Bilakah : untuk menanyakan masa
contoh : Bilakah ibu tiba dari pasar.

Mengapakah : untuk menanyakan sebab
contoh :  Mengapakah kamu memukul kucing itu ?

Bagaimanakah : untuk menanyakan keadaan atau cara melakukan sesuatu
contoh : Bagaimanakah perbalahan itu boleh belaku ?


Mana : untuk menanyakan tempat
contoh : Di manakah letaknya Gua Niah ?

Latihan : 


Bulatkan jawapan yang betul . 

1. ( Bilakah , Berapakah ) cuti sekolah akan bermula ? 


2. ( Siapakah , Berapa ) biji duriankah yang ada di dalam bakul itu ?


3. ( Mengapakah , Bagaimanakah ) awak berdiam diri sahaja apabila ditanya ? 


4. ( Bagaimanakah  , Siapakah ) keadaan nenek awak ? 


5. ( Apakah , Siapakah ) yang mengait buah rambutan ini ? 


6. ( Ke manakah , Bilakah ) awak akan pergi hujung minggu ini ? 

Saturday, 10 December 2011

Kata Sendi Nama 

Kata sendi nama ialah perkataan yang menghubungkan frasa nama dengan frasa lain.

Dari : menunjukkan tempat , arah ,katau waktu
contoh : Bapa  pulang dari pejabat .

Daripada : menunjukkan asal bagi orang , binatang , benda , dan untuk perbandingan
contoh : Hadian itu daripada rakannya .

Di : menunjukkan tempat
contoh : Saya makan nasi di kantin .

Ke : menunjukkan tempat , arah tuju , atau waktu
contoh : Kami ke perpustakaan .

Kepada : merujuk orang atau binatang
contoh : Saya memberi anak patung itu kepada adik .

Pada : merujuk waktu atau tempat
contoh : Kami ke sekolah pada pukul 7.15 pagi .

Untuk : menunjukkan kegunaan untuk sesuatu
contoh : Kek itu untuk Amin .

Dengan : menunjukkan makna bersama - sama atau cara sesuatu digunakan
contoh : Adik ke pasar dengan ibu .


Latihan : 

Garisi kata sendi nama yang betul . 

1. Kami berkumpul ( di , dari ) padang sejak pukul 7.00 pagi tadi . 


2. Saya menunggunya (daripada , hingga ) pukul 6.00 petang . 


3. Ibu memberi makanan ( pada , kepada ) anjing itu . 


4. jalur Gemilang terdiri 9 dari , daripada ) empat jenis warna . 


5. Perabot itu diperbuat ( dari , daripada ) kayu jati . 


6. Belward bekerja ( di , dari ) pagi hingga lewat petang . 


7. ayah akan bertolak ( di , ke ) Indonesia esok . 


8. Sekolah saya terletak kira - kira dua kilometer ( dari , di ) balai polis . 
Kata nama 


Kata nama am ialah perkataan yang merujuki manusia , haiwan , tumbuh -tumbuhan , tempat , kenderaan , benkda ,serta makanan dan minuman secara umum.
contoh : datuk , cikgu , itik , angsa , pokok, pisang , bunga mawar .


Kata nama khas pula ialah perkataan yang merujuki manusia , haiwan ,tumbuh - tumbuhan , tempat , kenderaan , benda , makanan dan minuman , agama , perayaan , hari , dan bulan secara khusus.
contoh : Puan Suzy , Cikgu Ali , Si Rusa , Hari Wesak , Litar Sepang , Rabu 


*Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali kata nama am yang menjadi permulaan ayat , manakala huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. 


Latihan :
Tulis kata nama am dan kata nama khas pada ruangan yang disediakan 


kucing                      Selangor                kerusi                Si Tikus 
Taman Negara        Proton Persona       padang         pensel 
Cikgu Liew             buku cerita              pembaris     Datuk Chong 


Kata Nama Am                                  Kata Nama Khas 


1.______________                           1._________________


2.______________                           2._________________


3.______________                           3._________________


4.______________                           4._________________


5.______________                           5._________________


6.______________                           6._________________

















Monday, 31 October 2011

Suku kata kvkkv



     lampu

    jambu



    lembu

     kunci

     baldi

    garpu



Sunday, 30 October 2011

Saturday, 29 October 2011

Suku Kata KVKV

Suku kata kvkv
Mari membaca

baju 
kuda
gigi 
bola
topi 
Huruf
View more documents from bearbear511

Friday, 28 October 2011

Suku Kata

Suku Kata

Mari membaca

Huruf

Sunday, 9 October 2011

How to upload a Picture and Video

Update picture: step 1: click the (insert picture) icon. step 2: choose file step 3: choose the layout and image size u want step 4: make sure everything is right already, then click box besides of (I accept the Terms of Service) step 5: Upload image. Update video: step 1: Upload your video to youtube. step 2 :Click the add link's icon. step 3 :Copy the video's link on youtube. step 4 :Ok and your video will uploaded on your blog already.

Monday, 3 October 2011

Sunday, 2 October 2011

Kem Setulus Kasih Linus Program LINUS



27&28September 2011
Kedua - dua hari ini , saya telah membawa murid saya Feliccia menghadiri Kem Setulus Kasih LINUS.Murid - murid yang menghadiri Kem ini adalah murid Tegar  iaitu murid yang tidak mengenali huruf dan suku kata atau murid yang tidak mengenali nombor . Feliccia adalah murid yang tidak dapat mengenali huruf A-Z dan suku kata . Dalam Kem ini murid - murid dibimbing oleh guru -guru yang kreatif . Guru -guru telah merancang banyak aktivitu yang kreatif kepada murid - murid tersebut supaya murid -murid dapat menguasai kemahiran mengenali huruf A-Z dan suku kata.
Murid -murid lain mengajar Felicia membaca huruf

Murid - murid bermain bowling sambil mengenali suku kata


Feliccia mengenal suku kata dengan cara mewarnakan suku kata

Murid - murid mengenal suku kata dengan bermain membaling dadu

Feliccia dan kawannya membalingkan dadu

Guru mengajar murid - murid membuat senaman sambil menyebut vokal

Hasilan murid -murid

Feliccia membuat latihan